2.2.15

Kenduri | Jantina Khemah

aku baru je menghadiri kenduri kahwin kawan aku di kedah bulan lepas yang masih mengamalkan budaya kenduri kampung macam dulu-dulu. kenduri tanpa catering, masak secara gotong royong, ada 'team basuh pinggan', dan sebagainya.

kenduri tradisional kampung
gambar sekadar hiasan

antara yang menarik perhatian aku adalah khemah tempat makan kat kenduri tu yang dipisahkan antara lelaki dan perempuan.

Sekarang susah nak jumpa kenduri yang buat macam ni. semuanya dah bercampur khemah tempat makan antara lelaki dan perempuan. kecuali kalau kenduri tu kat kawasan kampung yang kuat dipegang oleh PAS. serius. bukan nak berpolitik. cuma nak tunjuk contoh situasi.

Asingkan tempat makan


ustaz aku dulu pernah berpesan, tempat makan lelaki dan perempuan dalam suatu kenduri seelok-eloknya dipisahkan antara lelaki dan perempuan. kalau macam ini, batas pergaulan dan ikhtilat lebih terjaga.

tapi mungkin agak tak sesuai untuk tetamu yang datang sekeluarga. Nak makan nanti kena pisahkan. Mak dengan anak2 perempuan, bapak dengan anak-anak lelaki. kalau anak-anak semua lelaki, kesian kat mak nanti makan sorang-sorang. dan sebaliknya.

walau bagaimanapun, makan berasingan macam ni ada jugak kelebihannya. tak ada la nanti tetamu yang datang duduk makan dengan family sendiri-sendiri je. sebab masa ni la nak jumpa sanak saudara jauh dan dekat dan sahabat handai.

boleh jugak bertegur sapa mengeratkan tali silaturrahim, dan dalam masa yang sama ikhtilat dan batas pergaulan terjaga. tidakkah itu lebih baik?

Realiti kini


tapi sekarang ni susah nau nak buat macam tu. aku tengok, walaupun khemah asing-asing antara lelaki dan perempuan, mula-mula je orang datang makan asing-asing. dah petang sikit nanti, tetamu dah tak heran dah. ikut suka je duduk kat mana.

mungkin sebab orang sekarang dah terbiasa macam tu. nak buat macam mana.

55 comments:

  1. Dekat kawasan kampung masih amalkan macam ni..tapi kalau gotong-royong la..kalau guna khidmat katering campur jugak..suka yang asing-asing sebab nak tumpang meja pun senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tak segan sangat kalau xde meja kosong, bleh tumpang je mana2 meja yg dah diisi..

      Delete
  2. kat kampung saya ada yang mengamalkan macam tu tapi ramai yg dah tak amalkan... cara makan pun cara buffet... jadi sapa2 boleh amik mana mana boleh duduk...

    ReplyDelete
  3. dekat kampung memang megamalkan gotong royong macam ni bila ad kenduri. seronok tengok :D

    ReplyDelete
  4. pada saya, ok je duduk bercampur lelaki perempuan..cuma tuan rumah kena pastikan kedudukan dari meja meja jangan terlau rapat. Kadang2 bila berjalan pun berlaga2 bahu..bila dah duduk ok je..wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. kat tempat saya masih asingkan khemah lelaki dan perempuan :) bila asingkan senang nak jaga adab.

    ReplyDelete
  6. Ha, betul tu, memang susah sangat nak jumpa kenduri macam ni lagi. Saya belum pernah jumpa lagi setakat hari ini. Nak juga g kenduri macam ni. Mesti best. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata best, saya tak sure, tapi mengikut situasi zaman sekarang ni, kalau asingkan, memang lain dari yg lain.. :)

      Delete
  7. kebanyakan kenduri yang miya pegi kat Kelantan ni still asingkan tempat duduk...
    tapi kebanyakan la xsemua...n ada banyak ag kenduri yang miya xpergi...

    ReplyDelete
  8. skang ni susah juga nk jumpa kampung2 buat gotong royong...bagus la kg tu...bab asing2 makan tu...mmg susah nak jumpa....sis pernah pergi sekali...mmg asing2 lelaki n perempuan...

    ReplyDelete
  9. Kawasan taman perumahan akak masih mengamalkan gotong-royong tapi part makan tu dengan family masing2lah.. dan akak sendiri selesa makan dengan en. suami sebab senang nak handle anak2.

    ReplyDelete
  10. kat johor aktiviti mcm tu dipanggil 'rewang'... baru je rewang minggu lepas kat kampung...saya join team parut kelapa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. bagus la.. semangat gotong royong tu x lupus lagi.. hehhe

      Delete
  11. Kebanyakkan kat Kedah mmg makan masih diasingkan khemah, walaupun katering..Saya lebih selesa diasingkan, sebab pernah pergi kenduri yang campur khemah, lelaki majoriti plak time tu, segan, tak tahu nak duduk mana.. Nak lalu pun susah sebab kerusi berterabur sikit.

    ReplyDelete
  12. Kat felda tempat sy masih diasingkan khemah..

    ReplyDelete
  13. msh ada tradisi gotong royong kenduri khwin dikampung2...amalan kemsyarktn yg baik...

    ReplyDelete
  14. Kampung belah mak aku kat daerah Kerian memang biasa sangat orang kampung buat kenduri asing lelaki dan perempuan. Pada aku, bagus jugak sebab ada chance untuk lepak borak dengan member-member tanpa gangguan dari anak-anak. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ni 2 dalam 1... nk sembang dengan member tanpa gangguan, dan nk lari dari nk kena jaga anak.. hahaha

      Delete
  15. dkt trg masih amalkan khemah ikut jantina... :D

    ReplyDelete
  16. Mungkin kena buat 3 khemah. Satu untuk lelaki, perempuan dan keluarga. Hehe. Tak selesa kot duduk ikut campur jantina ni semua.

    ReplyDelete
  17. gotong royong tu amalan mulia.. bagus diteruskan.. bab asing ikut jantina tu, time kenduri kawin camtu, macam susah la pulak..

    ReplyDelete
  18. akak pun pernah pergi kenduri yang khemah makannya asing-asing.nasib baik datang dengan mak mertua dan adik ipar perempuan.

    ReplyDelete
  19. dekat kg imantizz masih asingkan tempat laki pempuan...bab makan sorg2 tu, x jadi isu sangat sebab banyak ahli keluarga tuan rumah melayan tetamu...yg paling win, makan kenduri bertalam..best!! :)

    yg campur2 tu, bila adik beradik kumpul sembang...yg tu selalu bila dh pkul 4 lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bila dah pukul 4 keatas, banyak sembang je.. x mkn sangat pun.. hehehe

      Delete
  20. Errrr.... agree to not agree... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... knapa plak.. ce bagi pandangan, sama2 kita tengok pro n cons.. :)

      Delete
  21. Errrr.... agree to not agree... hihi...

    ReplyDelete
  22. Singgah sini

    https://www.bajusweetmuslimah.tk/

    https://www.blogahbar.tk/p/perancangan-kewangan.html

    Jemput singgah2 ye.. Dan subcribe utk promosi terbaru kami :)

    ReplyDelete
  23. mmg betul ..majlis kenduri di kg masih mengamalkan konsep gotong royong masak secara ramai2, dan kemah kenduri ofcoz berasingan. Di bandar? tak dapat nk amalkan konsep itu

    ReplyDelete
  24. kat kedah ni mmg kawasan kampung banyak masak ikut 'pakatan' lebih meriah dan khemah diasingkan . best tauu . hehehe

    ReplyDelete
  25. Betul tu. Sekarang susah nak jumpa kenduri yang dapat asingkan tempat makan untuk lelaki dan wanita. Semuanya campur aje. Ke kena buat papan tanda kut. Baru dia orang nak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tentu lagi Fa...kalau suami isteri dan anak2 yg datang ofcoz dorang nk mkn sama2

      Delete
    2. itu salah satu kekangan la kalau nk asingkan, bagi mereka yg berkeluarga.... susah sikit...

      Delete
  26. kg CN di perak mmg di asingkan, tp di selangor ni, xpernah nampak pulak ;)

    Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  27. Kat kg kak lya mmg buat camni hingga la sekarang ni..mmg asingkan lelaki dan perempuan..Buka apa bila asing2 camni snang utk duduk kt mana tempat pon takde laa jd segan klau kbetulan masa tu semua lelaki jer kt khemah tetiba kita sorg je pompuan tak ke segan jdnya.. tp bla asing2 ok laa

    ReplyDelete
  28. betul tu dh jarang boleh tgk khemah dipisahkan mcm ni.. hurm budaya dh xsama mcm dulu

    ReplyDelete
  29. Bagusnya mcm tu.. lama dah saya sendiri tak jumpa suasana mcm tu. Klu di KL ni lagilah.. catering je semua... :D

    ReplyDelete
  30. betul, tapi qila mmg sometimes pisahkan diri aje hahaha umi dgn kitorang girls abah dgn boyzzz hihi

    ReplyDelete
  31. best bilaa dapat rewang gotong royong untuk kenduri ke hape tapi sekarang susah nak jumpa sebab mostly pakai catering..
    tapi tak pernah lagi gi kenduri kawin yg pisahkan tempat duduk laki dan pempuan maybe sebab kebanyakannya kawin di bandar tu laa susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  32. bila gotong royong dlm kenduri lagi mengeratkan silaturahim

    ReplyDelete
  33. kat kg sis masih buat lagi ... jadi tak segan nak mkn sbb jantina sama ...

    ReplyDelete
  34. Saya suka suasana kenduri macam tu, rasanya lagi seronok bila ada gotong royong..

    ReplyDelete
  35. Ok jugak macam tu.
    Pisahkan tempat makan antara lelaki & perempuan.

    ReplyDelete
  36. Memang syiok masak secara gotong-royong tu.
    Cuma penat tu jangan kate lah..
    Balik je terus pengsan.

    ReplyDelete