24.11.14

Tujuan Join Segmen


kalau dah namanya blogger, selain menulis tentang info, pendapat, dan apa yg berlaku pada diri blogger, mesti akan ada jugak sedikit sebanyak ruangan entri blog terisi dengan segmen dan GA blog kan? terutamanya bagi blog-blog peribadi.

apa tujuan korang join segmen, Give Away, kontest dan sebagainya? adakah sebab nak naikkan trafik? atau mungkin sebab nak menang hadiah? atau hanya sebab kena tag?

Tujuan Join Segmen


selalunya, kalau aku join, segmen atau GA, tujuan utama aku join cuma nak support sesama blogger. nak memeriahkan segmen anjuran kenalan blogger. ada hadiah atau tak, tu perkara kedua. kalau ada hadiah, itu kira bonus tambahan la.

sebab tu kadang-kadang ada segmen atau GA yang aku dah join tapi terlepas pandang. bila aku check balik, rupanya aku menang segmen tu dan dapat hadiah. tapi sebab tak respond, hadiah melayang.

terutamanya sejak aku kurang aktif online sejak bulan ogos yang lalu. online laptop dalam seminggu sekali je. tu pun nak kena merempit mai cedok wifi U. entri sekarang pun nak keluar seminggu sekali pun susah.

jadi di kesempatan ini, aku ingin mohon maaf andai aku terlepas pandang atau terlambat respond kalau ada aku menang pada mana-mana segmen yang aku join.

kerana hadiah bukan matlamat aku join. yang lebih penting, agar perkenalan kita di dunia blog tak terlerai...



40 comments:

  1. hai..betul2 kekadang terlepas pandang sebab banyak sangat segmen..

    ReplyDelete
  2. Bunda join segmen atau GA sekali2 bila ada banyak masa dan takde idea nk update entri baru..

    Bunda join yang mudah2 jer.....pening pala nak like itu ni banyak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang hadiah...menang kalah....itu perkara kedua...

      Sekurang2 nya ada juga entri bunda dan terjalin juga ukhwah sesama peserta lain..

      Delete
  3. Betul tu,,, semoga hubungan tidak terlerai walaupun busy mana pun.

    ReplyDelete
  4. Btol bro..nk bkwn bina ukhuwah bkn nk lwn hdiah..huhu

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang tu pernah jugak la hadiah tu jadi punca join...yg lain yes, saje nak kenal blogger dan support kawan :)

    ReplyDelete
  6. Join untuk support kawan-kawan aje...hadiah kalau dapat kira bonus lah..

    ReplyDelete
  7. juz support each other.. cuma skrg ni dah jarang sangat join segmen..

    ReplyDelete
  8. Join utk support tapi sekarang ni memang xjoin dah sebab xmampu nak bg komitmen...

    ReplyDelete
  9. Adakala akak tak sempat nak join segmen yang dianjurkan.. tak terkejar dengan kerja hakiki lagi.. maafkan kalau ada yang jemput tapi akak tak dapat nak join.. :(
    tapi dari segmenlah kenalan akak bertambah.. ;)

    ReplyDelete
  10. Setuju tu Pha Is, kita nak support sesama blogger

    ReplyDelete
  11. betul tu.....klau mnng kira extra lah..:D

    ReplyDelete
  12. Zumal respect la Pha Is sebab selalu support segmen dan GA kat blog zumal. Sori sebab lama zumal tak terjah sini ^-^

    ReplyDelete
  13. sama la kita. tujuan nk support sesama blogger je. tapi selalu terlepas pandang bila dah announce pemenang tapi tak ape lah, tak kisah sgt pun. ade rezeki tu ade lah. hehe

    ReplyDelete
  14. noe pun join sbb support kawan2...disamping tu boleh tambah kenalan, hadiah tu kira bonus...

    ReplyDelete
  15. lain kali letak no tepon senang menang je call hehe

    ReplyDelete
  16. ya betul... I yang di perantauan ni support dari jauh. eh kalau mung toksey hadiah, wak mai kawe la.

    ReplyDelete
  17. Asa segmen yg dpt join tapi bila berblog guna hp mmg susah sikit nak join terutamanya yg melibatkan copy paste koding utk entri blog tu... :D

    ReplyDelete
  18. Sesekali saya join juga GA. GA ni bagus untuk traffic dan menambah kawan

    ReplyDelete
  19. join segmen sbb nk tambah kwn dan support blogger :)

    ReplyDelete
  20. Erm,jujurnya,IbuNoey join segmen atau GA kalau IbuNoey ada masa terluang.itupun tengok syarat gak.

    ReplyDelete
  21. best join GA, tp kurg aktif berbloging punca beta xsebrapa dah nak aktif five ni.. hehe..

    ReplyDelete
  22. join segmen sekadar suka-suka. bila syarat mudah. bila ada masa. bila ada yg invite :)

    ReplyDelete
  23. yeah..join untuk support rakan blogger walaupun tak cukup masa nak blogwalking. hadiah belakang kira la..

    ReplyDelete
  24. Join segmen utk tambah kenalan maya ..Kalau menang satu bonus untuk kita kan Pha Is..

    ReplyDelete
  25. Kira bagus jugaklah Pha Is rajin join segmen-segmen ni. Dapat jugak mengeratkan silatulrahim sesama blogger.

    ReplyDelete
  26. Memang suka join segmen tapi bila syarat yang mudah je join..lagi seronok kalau menang hadiah..

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum.. pha,

    mselim3 suka join untuk tambah kenalan..

    mselim3

    ReplyDelete
  28. Asalam..kenalkan blog Etuza..done follow ya..bagus segmen ni..tahnia yg dah join ya
    http://madey09.blogspot.com/

    ReplyDelete
  29. Etuza suka pula circle imej profil blogger dalam komen ni cantik nampak

    ReplyDelete
  30. Nak join GA pun kena bg komitmen... saya pun kalau betul2 berkesempatan baru join...

    ReplyDelete
  31. Nak menang hadiah tp xprnh dpt pun, xcely saje suka2 sbnrnye....;-)

    ReplyDelete
  32. Samalah kiter... join segmen utk support rakan2 blogger jer... tapi kalau yg syarat kena like banyak2 kat fb tu biasanya malas nak join.... :D

    ReplyDelete
  33. Saya jarang masuk segmen2 yang dianjurkan, sekali-sekala saja saya join segmen anjuran para blogger

    ReplyDelete