15.11.14

Graduasi 2014 | Akhirnya Berkonvo!

Alhamdulillah, pada 7 November 2014 yang lalu, aku berjaya berkonvo setelah berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi di USM. setelah 5 tahun bersusah payah, grad jugak aku, walaupun lambat setahun. orang lain belajar farmasi 4 tahun je.

aku dan mak

Dugaan Budak Repeat


jadi budak repeat ni banyak jugak cabarannya. orang lain dah habis belajar, aku masih lagi terkontang-kanting repeat paper. dulu masa kawan-kawan sekuliah sedang seronok sambut hari konvo diorang, aku mampu tengok je. sekadar menumpang kegembiraan diorang, macam yang aku cerita dalam entri ni : Graduasi 2013

aku dan keluarga farmasi (Pharmily) aku

bila time raya plak , sedara mara asyik tanya, "bila nak habis belajar?" sedih jugak la nak jawab. lagi sedih dari soalan "bila nak kahwin?". sedih betol. pernah sampai satu tahap rasa macam nak nangis pun ada (harap muka je ganas). biasa la, dugaan hidup.

but I keep telling myself,

 
p/s : harap-harap gambar konvo kali ni tak ada orang ciplak macam dulu. macam yang terjadi kat entri ini : Gambar Digunakan Tanpa Izin

41 comments:

  1. Alhamdulillah finally. Repeat tu dah nak buat camner, sebagai kenangan as a student kan. Jatuh xbermakna gagal kan.. Proud on u! Farmasi cos plak tu. Tahniah2x :)
    Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah Pha Is...x kisah le graduate skrang atau grad on 2013..yg penting dapat tamatkan pengajian. Tahniah...Wlcome to dunia pekerjaan ye

    ReplyDelete
  3. tahniah pha is.. suke tgk org konvo2 nie.. rase semangat plak.. :)

    ReplyDelete
  4. tahniah!!! repeat or not doesnt matter, yag penting u did it.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah . dah selesai . manusia mmg suka bertanya ... sabar je la kan .

    ReplyDelete
  6. Syukur alhamdulillah. Tahniah!...dan selamat menempuh alam baru pula selepas ini. Nanti anda akan rindukan zaman belajar ni dan menyesal tak repeat lame skit...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. repeat lama2 kalau ada kawan x pe.. ni kalau sorang2, x best jugak.. :)

      Delete
  7. Assalammualaikum... pha,

    tahniah pha... dapat konvo. Moga lebih sukses menempuh alam pekerjaan pulak.. k

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Tahniah bro.... dah lepas satu fasa (belajar)... lepas ni kena hadapi fasa yg lain pula (kerja) (berkeluarga).


    Xpe....slow2 kayuh.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Pha Is.. lepas ni barulah kuar soalan 'bila nak kahwin..' pulak.. hehehe...

    ReplyDelete
  10. Tahniah, lama xke sini akhirnye dia dh konvo... ok wat repeat paper leh jdi abang long.....;-)

    ReplyDelete
  11. Akhirnya...

    TAHNIAH Pha is...repeat tu perkara kedua yang pasti kini Pha is dah graduate...

    Perasaan terasa rendah diri tu normal...ia juga sebagai pembakar semangat bagi merska yang repeate..

    Tak ada apa lah...biasa jer tu.....sekali lagi tahniah untuk Pha Is... Pakar Farmasi lah ni...

    ReplyDelete
  12. Padanlah dah lama tak nampak 'budak pening' keudara....sebelum ni ada juga sekali2 ke 'teratak bunda'..

    ReplyDelete
  13. Mabruk.
    Lepas ni biar pening benda lain pula... kan? :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah Pha Is...cepat lambat lain cerita...janji tamat juga...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah tahniah ! penah gak repeat subjek walaupun xsama situasi. lepas ni hob hunting pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde job hunting dah... terikat dengan jpa.. nnti diorg panggil..

      Delete
  16. Congratulation,pha is,.xpelah jadi budak repeat pun.yg penting dah settle semua..xla mcm IbuNoey ni,setakat SPM je..

    ReplyDelete
  17. Moga2 takde la yang gatal tangan lagi nak ciplak gambar Pha is cam dulu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik gambar kalau x buang watermark xpe.. hehehe...

      Delete