Sunday, February 17, 2013

Nationwide Express | Penghantaran Motosikal


servis penghantaran motosikal

Kali ni, aku nak share plak pengalaman menggunakan servis penghantaran motosikal dengan menggunakan nationwide express. Actually, member aku yang guna servise ni untuk hantar motosikal beliau dari Kelantan ke perlis.

Aku tak buat penghantaran moto, sebab aku merempit balik penang dari Kelantan naik moto aku sendiri. Cuma masa member aku ni hantar moto dia, aku tolong temankan, sebab lepas tu aku hantar dia balik.


Moto member aku tu jenis Honda Wave 125 S. Dia kena charge RM 132.50. harga ikut cc, tak ikut jarak penghantaran. Tapi, aku rasa kalau penghantaran yang melibatkan semenanjung dan sabah-sarawak, mungkin pakai harga lain kot.

Untuk senarai charge yang dikenakan mengikut cc moto, boleh tengok kat bawah ni. tapi, kalau nak diorang balutkan moto, kena tambah lagi RM 10. (balut motosikal kalau pakai KTM ialah RM 15)

nationwide express motorcycle currier


Untuk nak guna servis nationwide express untuk hantar motosikal, kena ada salinan IC dan geran motosikal. Yang lain, aku rasa macam biasa la. side mirror, semua tu dinasihatkan untuk dibuka (standard procedure).

Untuk pertanyaan berkenaan berkenaan servis penghantaran nationwide express ni, boleh call motocycle handling branches kat bawah ni.


Komen member aku sebagai pengguna service ni :

nationwide servis terbaik dalam banyak delivery yang aku penah guna. tempoh lebih kurang seminggu sampai kat perlis (dari Kelantan). moto pun ok, depa balut betul2.. plus caj lbih murah daripada pos laju.  caj nationwide rm 142 (ikut cc) termasuk balut, klu pos laju rm 190, xdak balut. moto pun calar habis. so pilihlah natiowide untuk delivery moto anda. Haha


[edited]
kat bawah ni aku share satu komen yang aku dapat dalam entri ni. ada seorang bro ni tawarkan servis penghantaran moto antara kelantan-penang. ini kata beliau:

saya ada sedia servis pos motosikal...kelantan-penang penang-kelantan...saya akan terima kalau saya tak sibuk(biasanya xsibuk)..hanya menerima motor yg bersaiz mcm ex5,kriss dan lain2...sbb saya guna pikap@4x4...harga insyaAllah lebih murah sebab bukan nk berniaga tp untuk caj isi minyak sbb slalu ulang alik..pape hal...kol dulu,if saya xsmpt agkt tgglkan mesej dan sy akn kol balik..-wan:0134361569-....trima kasih tuan empunya blog

sapa nak try boleh try call. aku just nak share benda baik je. tapi diingatkan, kalau nak try, risiko tanggung sendiri yer.

entri yang berkaitan  : KTMD | service penghantaran motosikal

maa'ssalamah,

Pha is

67 comments:

  1. nice info.... kadang2 pelik juga macam mana diorg selenggara pengahntaran ni sampai calar balar dibuatnya. takkan diaorang tak tau yg di hantar itu adalah sebuah motosikal. so, handle with care lah kan.

    ReplyDelete
  2. info bagus ni. sis dulu masa study mmg pakai moto.nasib baik dekat jea la trg ke kelantan. so suh saudara jea la yg bawak moto tu..hehe
    penah gak pi tanya kat pos laju dulu, mmg mahal harganya. mcm tak berbaloi. baik bg upah kat saudara lelaki jea suh ambik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pakai pos malaysia memang mahal..

      Delete
  3. owhhhh..baru tau hari ni rupanya nationwide tu blh hantar motor ye.. Ingtkan hantar surat je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru je tau yang nationwide pun ada servis penghantaran moto....

      Delete
  4. cepat mengaku yang post nih dah lama ada dalam draft kan? harharhar

    ReplyDelete
  5. Ada org kata pakai pos Kanggaroo lg murah. Tp akak xpasti la, sebab lum pernah pos motor lg. Kalau brg2 lain memang murah berbanding ngan yg lain2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pos kanggaroo.? okay,baru first tiem dgr.. hehehe

      Delete
  6. baru tau..thanks..seribupilihan baru pandai bawak motor..lepas nie boleh bawak motor plak kat rumah sewa..:-)

    ReplyDelete
  7. nice...mmg berguna..sbb mmg ada kebarangkalian nk pos motor...thanks pha is.. :))

    ReplyDelete
  8. ade x perkhitamatan pos motor dari sabah ke semenanjung..
    saya dah abis belajar kt sabah ni,so igt nk pos motor balik semenanjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada dengar senior saya hantar moto ke sabah melalui kapal. tapi saya x sure dari servis penghantaran yg mana.. so, rasanya memang ada.

      Delete
  9. NATIONWIDE KALAU KAT AREA KEDAH AHAD BUKA KE TUTUP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya kurang pasti.. kalau nk lebih kepastian, boleh try call motocycle handling branches utk kedah, macam kat dalam gambar tu...

      Delete
  10. saya nk tnye...kos bgi penhntran dri kajang ke srwak brpe ekk...

    ReplyDelete
  11. kalau melibatkan sabah sarawak, saya tak pasti.. boleh try call no yg kat atas tu, tanya..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. hello, nak tanya, motosikal tu terus hantar sampai rumah keh? dan nak tanya kos panghantaran dari melaka ke parit buntar kena berape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. moto ex5 100cc kan..? kalau ikut harga yang saya tengok hari tu, dalam around RM 106.00 (rujuk kepada gambar kat atas tu)

      moto pulak rasanya nanti kena ambil di nationwide punya cawangan di parit buntar. nanti saya conform lain, sebab kawan saya yang hantar moto tu. kalau dia balas, nanti saya update. tapi, rasanya memang kena pergi ambil kat cawangan diorang. bukan hantar sampai rumah. (tak pasti)

      kalau nak tanya lebih lanjut, boleh try call nationwide cawangan parit buntar yang ada dalam gambar kat atas tu (05-7169882) ataupun cawangan melaka (06-3360900)

      Delete
  14. bos...nombor talipon melaka tak boleh call pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, saya pun x dpt bantu.. maaf..

      Delete
  15. Nak pos motor dr selangor ke ipoh.
    Brp lama masa?
    Ambil kat pejabat dia tu office hour lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kepastian mengenai tempoh penghantaran, boleh tanya diorang sendiri sama ada call ataupun tanya masa nak hantar moto kat pejabat diorang.

      tapi kalau selangor ke ipoh, kejap je kot. kalau kelantan perlis seminggu, selangor ipoh mungkin 2-3 hari kot. saya cuma boleh agak je la....

      ambil kat pejabt diorang. saya nak kata pun, tak berani jamin, tapi better pergi ambik masa office hour. saya bagi contoh, masa saya hantar moto guna kretapi dulu, bila sampai diorg mesej, bagitau siap2 nak kena ambil sebelum pukul berapa. kalau nationwide, saya tak sure.



      Delete
  16. bro, rate tu latest ke? saya nk post motor dari tanah merah ke bukit mertajam. Modenas Elit Sport 150 cc. Ada nation wide x sni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklumat yg dalam gambar tu, saya ambil kat pejabat nationwide express kota bharu dalam bulan januari 2013. tak sure kalau sekrang ada maklumat yg lebih updated.

      kalau ikutkan handling branch tu, nationwide cuma ada kat area kota bharu dan butterworth. tapi x sure la kalau skrg dah ada cawangan baru ke kat tanah merah tu...

      cba try call..

      Delete
  17. saya ada sedia servis pos motosikal...kelantan-penang penang-kelantan...saya akan terima kalau saya tak sibuk(biasanya xsibuk)..hanya menerima motor yg bersaiz mcm ex5,kriss dan lain2...sbb saya guna pikap@4x4...harga insyaAllah lebih murah sebab bukan nk berniaga tp untuk caj isi minyak sbb slalu ulang alik..pape hal...kol dulu,if saya xsmpt agkt tgglkan mesej dan sy akn kol balik..-wan:0134361569-....trima kasih tuan empunya blog

    ReplyDelete
  18. terima kasih diatas perkongsian...... thumb up~~

    ReplyDelete
  19. salam tuan blog,
    nk tny,,kalau hantar moto guna ktmb ...dr arau ke penang berape TM ye?
    bleh bg link x utk sy refer..
    tQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.
      untuk harga servise KTMD (keretapi), saya kurang pasti sebab hari tu masa saya hantar pakai KTMD, x sembat tanya banyak sangat. tapi yang pasti, memang akan bergantung kepada CC moto. contoh saya dulu, 125cc, kena RM125. KALAU nak balut, tambah lagi RM15 (total RM140). so, kalau moto 125cc, range macam tu je... kalau cc lagi rendah, lagi murah.

      kalau link, maaf, saya tak simpan link. dulu pernah try search, tapi mcm susah nak jumpa maklumat yg diperlukan je... saya pernah guna KTMD pun sebab pernah tolong member hantar moto pkai KTMD. member saya tu selalu guna. so, dia la rekemen kat saya. jadi, mmg based on pengalaman semata.

      harap dapat membantu..

      Delete
  20. Nationwide ni boleh datang amik moto dari rumah tak?ke kena hantar pergi office diorang jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hari tu hantar ke office diorang. rasanya memang kena hantar ke office diorg.. tapi kalau diorg ada servis ambik dari rumah, tak pasti la pulak.

      Delete
  21. Saya nak hantar motor dari penang ke kuching, sarawak. Boleh ka? Cost berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu, saya x pasti.. better tanya diorg. tapi, mcm x de je brance diorg kat sabah sarawak..

      Delete
  22. assalamualaikum boss.. nak tanye klau siap bungkus + helmet berape ringgit???

    ReplyDelete
  23. w'salam.
    harga send moto ikut cc mcm dlm gambar atas tu.. kalau balut, tambah RM10. kalau sekali dengan helmet, tambah lagi RM15 (kalau tak silap... sbb baru ni ada member hantar sekali dengan helmet, tapi tak beberapa ingat harga dia. lebih kurang range tu la..)

    ReplyDelete
  24. salam tuan..tau x servis mana ada hantar utk moto 650cc..sy nk pos moto dr keyel ke batu pahat....harap bntu sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. maaf, untuk superbike, saya tak tahu..

      Delete
  25. salam tuan..tau x servis mana ada hantar utk moto 650cc..sy nk pos moto dr keyel ke batu pahat....harap bntu sy

    ReplyDelete
  26. nationwide bukak tak ea ari sabtu?tolong..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk hari sabtu, nationwide saya tak pasti.. tapi kalau pakai kereta api (KTMD), saya pernah hantar hari sabtu pagi....

      Delete
  27. salam , saya nak pos motor ex5 dream dari batu pahat ke kl , bape tempoh masa untk sampai ke kl dah berapa kos penghantaran ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. ex5 dream 100cc kan? kalau ikut harga atas tu, RM106... tapi tu harga tahun lepas.. kalau naik harga, saya tak pasti la. rasanya masih dalam range tu... untuk masa, rasanya x sampai seminggu kot. mgkin 4-5 hari. mgkin lagi kurang dari tu.. kalau nak lebih kepastian, nanti masa nak hantar boleh tanya diorg...

      Delete
    2. ok , and kalau sampai kl dia hantar kat cawangan nationwide yg terdekat dgn rumah ke mcm mane ?

      Delete
    3. yup.. yg pasti, moto nnti kena ambil di cawangan nationwide kl... saya tak pasti area kl ada berapa cawangan. nnti boleh cuba tanya diorg...

      Delete
  28. saya dah tanya cawangan bp , dia kata penghantaran moto ex5 dari batu pahat ke kl rm200++ ..betul ke ? minta kepastian segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam.. saya bukan wakil dari nationwide. saya cuma kongsikan pengalaman hantar moto pakai nationwide je.. masa kawan saya hantar tu, harga memang x sampai rm200 pun.. tak tahu la sekarang ni naik harga ke tak.. tapi kalau smpai rm200, mcm tak masuk akal je untuk ex5.. sbb masa tu, yg paling mahal pun, rm180 kalau pakai posmalaysia. tu pun untuk moto 125cc...

      Delete
  29. and diaorang ckp barang akan dihantar ke shah alam , bukan kl ..

    ReplyDelete
  30. dia nak geran original ke bro? kalau salinan boleh?

    ReplyDelete
  31. terima kasih maklumat ni... tp lama jugak ye? seminggu baru sampai ... ada kursus kat usm penang sebulan. perlu motor masa dalam kampus. tp kalau seminggu baru sampai. seminggu pulak nak pos balik kelantan. uiii... sangat makan masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti PJJ... hehe
      dalam kampus nnti bas disediakan.. jgn risau.. tapi kalau nk bawak moto pun x pe.. cma kalau bawak kereta, sia2 je.. nk parking susah. ramai PJJ yg bawak kereta, last2 kereta parking kat padang kawad tu je... then naik bas..

      Delete
  32. Bro nk tnye...kte mmg kne g hntr sndri ek moto kt tmpt tu?ad x mane2 service yg boleh ambil moto kt tmpt kite ek?bkn ape x brani nk bwak moto kuar dri uni ni..x biase..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut Uni jugak la.. mcm kat usm, hujung sem ada pos malaysia datang bawak lori, uruskan pos moto kat dalam U. sng, bawak document, isi borang, terus moto masuk lori, x payah pi kat pejabat pos pusat. korang pun boleh buat. pakat2 la ngan member, buat event mcm tu. buat paper work apa semau tu.. pandai2 la... budak U la katakan.. hehehe.. hantar kat hep, dapat jugak point, kita anjurkan dan uruskan event/program..

      Delete
  33. Assalam bro....klo servis penghantaran motosikal ke sabah or sarawak nationwide ad sediakan x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. dulu rasanya mcm x de je.. try call diorg tengok, tanya kot2 la skrg dah ada..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...