Saturday, October 20, 2012

Makan2 Penang 3 | Mee Sotong Padang Kota Lama

penang memang terkenal dengan mee goreng mamak. rasanya kat mana-mana restoran nasi kandar pon akan ada menu mee goreng mamak. tapi kali ini, aku nak memperkenalkan kat korang Mee Sotong Padang Kota Lama.

kalau pi kat Padang Kota Lama, kat situ ada dua food court. satu yang baru dan satu lagi yang lama sikit. tempat yang baru tu makanannya mahal sikit (ekceli, mahal banyak) jika nak dibandingkan dengan food court yang lama ni. Mee Sotong yang aku maksudkan ni adalah Mee Sotong kat food court lama.

Padang Kota Lama, Pulau Pinang
coodinate : 5°25'15.01"N 100°20'35.33"E 

mee sotong ni, orang kata (bukan aku yang kata), kalau nk makan, mesti pekena sekali dengan coconut shake kat kedai sebelah tu. baru layan. keseluruhan, mee sotong RM 4.00, coconut shake RM 2.50.   

Mee Sotong  + Coconut Shake

kalau singgah penang, memang tak rugi la kalau nak try. aku masa first time pekena, memang terangkat beb.. sampai kesudah aku kempunan. tadi pun, dah pekena sepinggan, aku bungkus tambah bawa balik sbb tak puas makan. sedap sangat. hehehe.. 


p/s : masa entry ini dipublish-kan, aku on the way dari penang ke kelantan untuk menyambungkan pelajaran farmasi di hospital USM kubang kerian. doakan semoga aku selamat sampai. ameen... 

maa'ssalamah, 
Pha is

 

19 comments:

  1. errrkkk...mee sotong pdg kota xbpe sdp laa... (tekak saya laa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain rasa. ada je member kat kat sini yg tak berkenan dgn mee sotong kat situ.. heehe

      Delete
  2. wah sedap giler coconut shake ittew,,
    mudah2an selamat ko sampai yerk,,,

    ReplyDelete
  3. emm...selamat menjejakkan kaki ke tanah Tok Guru..^_^..

    ReplyDelete
  4. Penuh sambal atas mee tu... memang bua kecur liur je... Bakal pharmacist, smoga selamat perjalanan dan selamat belajar! ;)

    ReplyDelete
  5. yg mee sotong tu..dia goreng sekali dengan sotong ke atau sambal sotong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia goreng asing, pastu dia hidang skali ngan sambal sotong..

      Delete
  6. sedap nyaaaaaaaa nak sikit *kedip2 mata* :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time tengok that coconut shake..so tempting...and mee soto tak pernah try lagi tapi kalau mee udang sungai dua confirm marvelous..tak leh miss

      Delete
    2. mee udang sungai dua pon popular gak... tapi x penah rasa lagi..

      Delete
  8. selalu jugak lepak padang kota tapi xpenah lagi la try mkn kat sana.sebab rmai org.bila2 nk kena pi try jugak mee sotong padang kota ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau selalu lepak kat sana, rugi la kalau x pekena.. heheh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...