Thursday, May 31, 2012

Komen Motosikal Wave 125X Ultimo


Dulu, aku penah tulis sikit review berkenaan motor aku, ‘Honda wave 125 x ultimo’. (panjang bebenor nama dia). Entry tu sebenarnya antara entry yang paling banyak orang baca dalam blog aku ni.

dalam entry tu jugak, ada banyak komen2 yang aku dapat dari pembaca-pembaca yang juga pengguna motosikal model ini. ada yang positif, dan ada jugak yang negative. Antara komen-komen yang terpilih, yang aku rasa sangat berinformatif terhadap pengguna motor jenis ni adalah seperti berikut.
 
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

wave 125 ada beberapa jenis. yg terbaru adalah ultimo. komen sebagai pengguna motor ni selama 3 tahun:

1) Speed dia mmg kurang, habis cecah 120km kalau tunduk kepala.

2) Tahan lasak dan mantap!

3) Paling best adalah jimat minyak! banding dengan lagenda dgn LC, minyak macam minum air. tapi wave rilek jer..


honda memang tahan lasak tapi dia tak laju. Minyak memang jimat janji jangan usik enjin atau modified. Mekanik honda bagi tau rahsia wave ni kalau nak laju tukar spoket 15-34 dan ekzos dia kena ejas sikit sebab dalam ekzos tu dia sekat angin.



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

Salam, ultimo memang kurang laju tapi mesra alam. Untuk makluman tuan puan kami penguna model ini selama 2 tahun untuk off road. Pengalaman selama 2 tahun menguna ultimo pada laluan (off road) dengan ketingian mendaki separuh gunung kinabalu menyebabkan saya sayang untuk melepaskan model ini.

Berbanding jenama lain, terbukti honda dengan tema the power of dream memang berkuasa dan tahan lama. Model ini sesuai digunakan hampir semua keadaan jalan di malaysia. Dengan hanya menukar tayar off road dan sproket 14 depan dan 42 belakang moto ini bersedia untuk mendaki dengan hebat.

Dalam tempoh tersebut syukur tiada masalah enjin berlaku. Jatuh pun body tak pecah. Memang kualiti produk honda tahan lasak. Sekali tengok memang tak caya, dah cuba saya akui kelebihan honda ultimo adalah tahan lama dan tahan beban tinggi



Yang aku reply :

fuh, sproket belakang 42...?? agak besar jugak la... so, ratio sproket = 42/14 = 3... besar tu bro... memang la pikap power... kalau macam tu, naik bukit konfom rilex je... hehehe

tapi sekarang aku pakai utk jalan raya. terutama bila kerap guna atas highway... so, lebih pentingkan top speed berbanding pikap. sekarang ni pon masih guna sproket yang asal, depan 14 belakang 35 (ratio = 2.5). dalam perancangan nak kurangkan saiz sproket belakang or tambah saiz kat depan.



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

salam, saya juga pengguna ultimo hampir 2 thn.. cuma nak komen saya x bersependapat kalo nak cakap ultimo ni bkn untuk kelajuan...
saya x nafikan saya pun bwk motor saya biaasenye dlm 110km/j je..

tapi saya tahu meter ultimo ni memang berat...so, kalo ikut entry awak pada no. 3 tu pun dah jelas...
[80KM/J ULTIMO = 100KM/J LC, SO.. BILE ULTIMO SAMPAI 110KM/J = LC DAH 130KM/J]...
KESIMPULANNYA, ULTIMO LEH CECAH SAMPAI 130KM/J (standard)........................x cukup laju ke?



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

aku dah pakai tiga wave125 dari first generation (lampu belakang tajam) ke second gen AN125F(kod moto dalam geran) dan sekarang Ultimo (AFP125) baru 2 minggu, memang betul kau cakap pun bawak nak sampai 100km/h pun payah, tapi yang aku heran meter tunjuk 90km/j je tapi moto dah laju semacam tak macam motor2 dulu, mungkin perasaan aku je kot.

Pikup motor nie tak berape kuat ,yang paling best adalah pikup motor first gen dulu mase baru2 keluar, aku rasa Boon Siew dah kurangkan sikit kot. pasal petrol aku tak boleh nak komen lagi sebab masih baru enjin masih ketat tapi rasa same je untuk tiga2 model.


* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

beruntung le moto ko boleh cecah 110km/j.seumur aku beli moto ni, full terottle pun paling laju 85km/j je.100km/j pun x penah. aku cube tukar sprocket 38. naik sikit meter nye 99km/j.agaknye lagi besar lagi laju kot.


untuk komen ini, aku reply macam ni:

aik. pelik. sepatutla lagi besar sproket, lagi turun top speed. tapi, serius, moto aku pon macam tu. lepas tukar sproket belakang 36 (asal 35-sikit je pon naik), top speed naik jugak. skrg dh boleh cecah 120 km/j... heran2..

* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

Ok. kalau nak tau apa yang aku review pasal motosikal model ni, or nak tengok komen2 yang lain, boleh baca kat SINI.



Pha is

26 comments:

  1. alamak pasal motor..mai nak start motor pon tak reti,muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik mai kena la amik tau. dah la dapat laki yg ada kawasaki KIPS KR150RR.
      tambah pulak dengan system KIPS (Kawasaki intergrated power-valve system).. pergh... hehehe

      Delete
  2. kami reti naik ja , tak pernah pun nak amik tau tu motor apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. pompuan.. kami paham.. hehehe

      Delete
  3. mak budak ni reti naik je tapi sekarang tak merasa dah sebab anak2 concour dulu.. hahaha.. mana muat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe la... suruh anak bawakkan... hehehe

      Delete
  4. moto ?? hehe salu nak naik moto ada orang tolong bawakan.. romantik tak ? hehe :)

    ReplyDelete
  5. emm... setting angin untuk moto ni camane ek? nak bukak sikit ke... banyak ke... setting yg mase klua kedai tu mcm tak sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pasal timing angin ke?
      gua dulu masa baru beli, moto asyik mati je bila kat trafic light. last2, kasi up sikit timing. lpas tu, x de lagi dah masalah enjin mati kat trafic light. cma bila up timing, moto agak gegar skit.

      Delete
  6. aku pakai motor wave ultimo....
    full terottle motor tu 120 km/j...kalo tukar spoket bleh naik lg..
    kira ok la tu....laju2 korang nk g mana..?? =p
    xcident arwah la jawabnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai yg kata mcm tu. moto laju2 sgt pon, kat lebuh raya 110 km/j je boleh bawak...

      cma bukannya selalu nk bawak laju2 pon.. hnya sekadar kepuasan diri, bila tahu yg moto sndiri boleh pergi lbih laju.

      pnah ada seorg pemilik ultimo ni gitau kat gua, moto beliau tak pernah cecah 100km/j pon. paling tinggi 90++ km/j walaupon dah full throttle. kalau gua kat tempat beliau, gua pon tension...

      hehehe...

      Delete
    2. 125x ni makin lama pakai top speed dia akan naik sikit, siapa yang baru pakai biasa top 100 je, sebab enjin x expand lagi, bila dah lama top dia akan naik ke 110, lagi satu moto ni power bila enjin dah panas, aku dah pernah cecah 140, spoket standard 15 35, semua standard, x usik. kunci dia pada gear 3.

      Delete
    3. maksudnya, guna gear 3 sampai 140? gitu..?

      Delete
    4. macam mana nk dapatkan perfect gear?

      Delete
  7. motor honda yang baru skg semua ckp meter berat. xmcm motor lain. mcm aku skg pki Honda Dash SE mmg terasa la..skg pki sprocket 14-33 dan leh naik plig kuat 110km/j jek..igt nnt nk tukar 15-33 pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. honda dash org kata pick up memang kuat.. kalau tukar sproket kasi upkan topsped pun(rendahkan ratio sproket i.e besarkan saiz depan or kecikkan saiz belakang), pickup x de hal sangat.. hehehe

      Delete
  8. kalau wave ultimo nie pakai spoket 15-34 , lepas tu adjust exhoust cobra boley naik 130km/j ke ?

    ReplyDelete
  9. motor nie . .seyes klu enjin panas memang smooth tip top bwk laju . .

    ReplyDelete
  10. ade tak yang nak jual honda wave 125x ultimo area Penang???

    ReplyDelete
  11. aku pakai depan 15 blakang 33..naik jugak 120km/j...tapi tu aku dah potong block...hohoho

    ReplyDelete
  12. tapi aku ingat nak tukar 36 15 lah..nak topspeed dia brapa..aku heran lah kenapa moto aku 120km/j je erk? mcm mana nak kasi naik 140km/j....hmmmmm

    ReplyDelete
  13. bro minta panduan sikit,
    absorber ultimo aku kat blkng dah hampir rosak,
    mintak cadangan brand dan model ape yang bagus untuk ultimo, jalan yg saya guna kebanyakan construction area, jalan yg terok sikit

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...