6.1.11

hikmah di UPSI


Pernah tak korang rasa yang semua yang berlaku sekeliling korang semuanya serba tak kena? Tak kira ke mana saja anak mata korang melirik, semuanya Nampak salah? Apa saja yang korang dengar semuanya menyakitkan hati dan telinga? Dan mulut korang rasa macam nak mencarut jew sepanjang masa? Serta tangan korang rasa macam nak tumbuk je seseorang?(seriously)


Jika jawapan anda “ya”, tahniah kerana korang telah pon merasai seperti mana yang aku telah rasai baru2 ni. Ujian gangguan emosi. Kecelaruan fikiran.

Benda ni berlaku kat salah sebuah university yang terkemuka di negeri Perak iaitu UPSI. Baru2 ni, aku dan member2 aku telah pi sana untuk menyertai satu pertandingan Karnival Waja Diri PSSCM 1 Malaysia kali yang ke-4. Kami jadi wakil usm. Semuanya berjalan agak baik (walaipon ada la sikit2 yang kurang memuaskan hati kami)sehinggalah kami nak check out dari asrama university tu.

Masa ni, macam2 hal yang timbul. Semuanya aku rasa serba tak kena. Aku rasa macam nak marah kat semua orang even kepada diri aku sendiri. sebenarnya, kalo nak difikirkan balik, masalah yang berlaku masa tu simple jew. Tak la banyak sangat. Tapi tak tau kenapa aku tertekan sangat. macam banyak sangat pressure padahal masalah tu kecik je.

Lepas setel je masalah tu(walaupon kalau nak diikutkan, masih tak setel sepenuhnya tapi kami nak cepat sebab dah lambat) kami pi diner yang diadakan di Politeknik Sultan Azlan Shah, 15.5 kilometer (berdasarkan dari bacaan “google earth”)dari asrama tempat kami menginap.

Dan semasa aku dok atas bas, (nak ke diner) entah macam mana, aku boleh sedarkan diri aku yang tengah diulik perasaan marah masa tu. tetiba je aku terasa yang aku ni over reacted dengan benda yang terjadi. Rasa nak marah pada semua benda yang terjadi. Sampai satu tahap yang aku rasa aku ni mengalahkan pompuan datang bulan. Sensitive sangat. semuanya membuatkan aku rasa nak marah.

Dalam aku nak menenangkan diri aku balik, 2 benda yang telah memotivasikan aku. yang pertama, aku teringat masa aku pi program cekak kat UUM. Diorang buat forum. Dan antara input yang aku dapat, ialah kata2 salah-seorang ahli panel dalam forum tu. Dia kata : “kalau kita Nampak kesalahan kat orang lain, cepat2 tengok diri kita. Check sama ada benda tu ada atau tak kat kita. Kalau tak ada, cepat2 kita mintak kat Tuhan supaya dijauhkan. Tapi kalau ada, cepat2 kita mintak ampun kat Tuhan.”

So, bila aku hisab balik diri aku, aku rasa aku pon selalu jugak lakukan kesalahan macam tu. contohnya masa aku handle carnival sukan farmasi. Banyak kelemahan berlaku dalam carnival tu yang berpunca daripada diri aku sendiri. sampai salah seorang exco aku pon marah kat aku.(pergh… exco marah kat pengarah projek.!) Tapi aku tak ambik hati sangat pasai tu, sebab dah memang salah aku. sekurang-kurangnya aku boleh ambik pengajaran dari apa yang berlaku. 

aku dan ydp
Ok. Perkara yang kedua yang memotivasikan aku adalah YDP PSSCMUSM (induk). Bagi budak2 cekak usm-induk(sebab kampus kejuruteraan pon ader gak persatuan silat cekak), bila sebut je arif si ydp, perkataan pertama yang terlintas kat diorang mesti “penyayang”.. sebab dia letak nama kat fesbuk die “abg arif yang penyayang”. Tapi serius, sifat tu memang ada kat dia.


Sehinggakan ada sekali aku pernah “baca” perbualan ydp ngan salah seorang member silat aku dalam fesbuk. Diorang satu kos, so, aku rasa dia mungkin lebih kenal ydp daripada aku kenal ydp(walaupon aku timbalan dia). Dia Tanya ydp, “kenapa aku tak pernah tengok kau marah?”. Dan ydp jawab dengan satu persoalan, “apa aku dapat kalau aku marah?” so, berbalik kepada situasi aku masa tu, aku pon terfikir, “apa yang aku dapat kalau aku marah?

Lepas aku sedar semua tu, sepanjang masa aku dalam bas untuk ke majlis diner, aku beristighfar. Tenangkan balik hati aku yang tengah tak stabil masa tu. sebab apa yang akan aku dapat kalau aku marah?

 “Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenang. (al-Ra`d:28)



4 comments:

  1. huhu..pas ni kalu rase nk marah, dh tau dh ape yg aku nk ckp kat diri aku.huhu.en3 yg amat bergune,tq faiz:)

    ReplyDelete
  2. setuju
    ma sis selalu gak pesan. apa yg berlaku kat kita, kita jgn cepat nak salahkan org lain
    maybe tu semua berpunca dari kita jugak.kdg2 kita yg tak sedar :)

    ReplyDelete
  3. betul.. jgn cpat cari salah orang..

    ReplyDelete